Tragedi konvoi ragut nyawa guru

Nahas yang berlaku di Jalan Sungai Koyan- Cameron Highlands, Lipis semalam. FOTO: JBPM
Nahas yang berlaku di Jalan Sungai Koyan- Cameron Highlands, Lipis semalam. FOTO: JBPM
A
A
A

KUANTAN - Konvoi bermotosikal disertai lapan rakan ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 27 Jalan Sungai Koyan- Cameron Highlands. Lipis, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Rahmat Abdul Ghani, 36, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud, Raub disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, mangsa dari Taman Amalina Saujana Raub yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150 dipercayai dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Cameron Highlands.

Menurutnya, mangsa berkonvoi bersama lapan rakan yang lain dipercayai untuk pusat peranginan tanah tinggi itu sempena cuti hujung minggu.

"Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kiri dan melanggar besi penghadang jalan.

"Kejadian itu disedari rakan dan mereka berhenti untuk menghulurkan bantuan selepas melihat mangsa dalam keadaan terbaring. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian" katanya.

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: