Sistem online pantau KPI Exco Johor

Dr Sahruddin Jamal
Dr Sahruddin Jamal
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri merancang mewujudkan sistem online bagi memantau prestasi Exco atau Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat) akan memantau gerak kerja serta kemajuan sistem petunjuk prestasi utama ( KPI).

Katanya, seramai lapan Exco telah mencapai 85 peratus pelaksanaan fokus Belanjawan Johor 2019.

"Pada waktu yang sama, semua titik fokus yang telah saya bentangkan akan menjadi KPI kepada semua exco dan wajib dimasukkan di dalam KPI jabatan yang berkaitan.

"Semua exco akan membincangkan gerak kerja perlaksanaan titik fokus tersebut," katanya.

Dr Sahrudin berkata, kerajaan negeri yang diterajui oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa serius dan fokus dalam melakukan perancangan serta pembangunan negeri Johor yang lebih mampan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hahasrin Hashim (BN-Panti) di Mesyuarat Ketiga Belanjawan Johor 2020 Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Terdahulu, Hahasrin ( BN- Panti) meminta Dr Sahruddin (PH-Bukit Kepong) menyatakan kaedah digunakan kerajaan negeri menggunakan untuk memantau prestasi Exco khususnya dalam pelaksanaan pelbagai perkara yang diumumkan menerusi Belanjawan Johor dan Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor.

Artikel Berkaitan: