X

Kindly register in order to view this article
!

Peminat mahu bekas teman lelaki Goo Hara dihukum setimpal

Goo Hara dipercayai didera bekas teman lelakinya. -Foto: Kimchi Daily
A
A

SELEPAS menerima berita sedih penyanyi K-pop, Goo Hara meninggal dunia di kediamannya di Cheongdam-Dong, kawasan Gangnam awal pagi semalam, tular tanda pagar (hashtag) #Punish_Choi_Jong_Bum yang dikatakan carian paling atas di portal carian Korea dan laman sosial.

Memetik laporan Kimchi Daily, seorang wartawan Bloomberg telah memuat naik sebuah entri di laman Twitternya mengenai kes gangguan dan ugutan bekas teman lelaki mendiang Goo Hara.

Ini kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah terhadap bekas teman lelaki, Choi Jongbum walaupun dia telah menyerang dan mengugut Goo Hara.

Bagi mereka, Choi Jongbum merupakan antara sebab kepada kematian Goo Hara dan mereka mahukan hukuman yang setimpal dijatuhkan kepadanya.

Menurutnya, walaupun semua bukti telah dikemukakan di mahkamah, hakim memutuskan bahawa Choi Jongbum hanya dijatuhkan hukum satu tahun setengah dengan tempoh percubaan selama tiga tahun.

Bermakna, lelaki itu hanya akan dipenjarakan sekiranya dia mencetuskan sebarang masalah dalam tempoh percubaan itu.

Hakim berkata ketika itu, lelaki berkenaan yang juga seorang pendandan rambut tiada niat untuk menyakiti Goo Hara dan video seks mereka itu bukanlah dirakam secara paksa selain rakaman tersebut tidak dikongsi dengan orang ramai.

Pada awal tahun ini, Goo Hara telah didedahkan menerima penderaan fizikal dan mental daripada teman lelakinya.

Lelaki itu dikatakan telah menyerang gadis itu ketika dia sedang tidur di rumahnya. Tidak mendiamkan diri, selebriti itu telah menyerang kembali Choi Jongbum untuk mempertahankan dirinya.

Akibatnya, wajah Choi Jongbum menerima beberapa cakaran sehingga meninggalkan parut.

Marah dengan situasi itu, Choi Jongbum mengugut akan menyebarkan video seks mereka di laman komuniti dan menyatakan bahawa ia bakal memusnahkan karier seni gadis itu.

Ekoran insiden itu, peminat mendiang berharap bekas teman lelaki itu menerima hukuman kerana ia mendera bintang berusia 28 tahun yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Kara secara fizikal dan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi K-pop Goo Hara ditemui meninggal dunia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!