Harimau Muda buru kemenangan

Kim Swee mengharapkan pemainnya dapat beraksi cemerlang pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan Sukan SEA 2019 menentang Myanmar di Stadium Memorial Rizal, Filipina petang ini.
Kim Swee mengharapkan pemainnya dapat beraksi cemerlang pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan Sukan SEA 2019 menentang Myanmar di Stadium Memorial Rizal, Filipina petang ini.
A
A
A

SKUAD bawah 22 tahun negara (B-22) memburu keputusan positif pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan Sukan SEA 2019 menentang Myanmar di Stadium Memorial Rizal, Filipina petang ini.

Pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee mengharapkan aksi cemerlang dapat dipamerkan para pemainnya sekali gus memungut tiga mata penuh untuk memastikan laluan cerah buat pasukannya ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun, Kim Swee tetap berwaspada dengan ancaman yang bakal dihadirkan Myanmar apatah lagi pasukan itu kini dilatih Velizar Popov yang pernah mengemudi Kelantan dalam saingan Liga Malaysia pada 2016.

“Sudah tentu kami mencari keputusan positif dalam aksi esok (hari ini) namun kami tahu ia bukan mudah dan perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan.

Skuad Harimau Muda menjalani latihan sebelum aksi pembukaan Kumpulan A menentang Myanmar petang ini.
Skuad Harimau Muda menjalani latihan sebelum aksi pembukaan Kumpulan A menentang Myanmar petang ini.

“Walaupun kami dianggap sebagai pasukan pilihan, namun ia bukan jaminan. Tidak kira pasukan mana yang kami hadapi dalam Kumpulan A ini kami perlu berikan yang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga percaya saingan dalam acara bola sepak pada Sukan SEA kali ini cukup berbeza kerana telah mengaplikasi peraturan baharu yang membolehkan setiap pasukan mendaftarkan dua pemain senior.

Menurutnya, ia bakal memberikan kekuatan tambahan kepada setiap pasukan selain percaya pasukan yang berada dalam Kumpulan A iaitu Myanmar, Timor Leste, Filipina dan Kemboja mempunyai perancangan sendiri untuk muncul sebagai dua pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan.

Artikel Berkaitan:

“Ini kali pertama Sukan SEA membenarkan dua pemain lebih umur dalam pasukan dan ia bakal menjadi saingan berbeza untuk semua pasukan termasuk Malaysia.

“Bagaimanapun, kami akan fokus kepada permainan dan perlu konsisten bagi memastikan tempat ke peringkat seterusnya,” katanya.