X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Myvi terperosok dalam lubang mendap

Keadaan Perodua Myvi yang terperosok ke dalam lubang akibat tanah mendap di Jalan Maharajalela malam tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengalami detik cemas apabila kereta dipandunya terperosok di laluan yang tiba-tiba mendap di Jalan Maharajalela di sini lewat malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku pada jam 11.35 malam melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa seorang pekerja swasta berusia 42 tahun yang beralamat di Kuala Berang, Terengganu memandu kereta itu bersendirian.

"Siasatan awal mendapati berlaku satu kejadian tanah mendap berkeluasan sekitar tiga meter persegi di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew.

"Insiden itu menyebabkan kereta dipandu mangsa terjatuh ke dalam lubang," katanya.

Beliau berkata, pemandu wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan dijalankan di bawah Rule 10 LN166/59.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih laluan yang mendap itu telah dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

DBKL menjalankan kerja-kerja membaik pulih lubang yang mendap di Jalan Maharajalela pagi tadi.
DBKL menjalankan kerja-kerja membaik pulih lubang yang mendap di Jalan Maharajalela pagi tadi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!