Bilik gerakan bencana dibuka

Ahmad Faizal turut meluangkan masa melawat mangsa ribut di Surau Kampung Kolam, Manjoi.
Ahmad Faizal turut meluangkan masa melawat mangsa ribut di Surau Kampung Kolam, Manjoi.
A
A
A

IPOH - Satu bilik gerakan bencana dibuka di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein, Manjoi, di sini, bagi menyelaraskan mangsa ribut, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan bencana yang dipengerusi beliau.

Menurutnya, sehingga kini terdapat satu pusat pemindahan sementara dibuka untuk menempatkan 12 keluarga yang terjejas di Manjoi.

"Saya minta semua mangsa yang mengalami masalah ini akur kepada arahan supaya berpindah. Semua kena pentingkan nyawa dulu.

"Kita akan memikirkan bantuan susulan kepada mangsa terlibat," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bencana di Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi, di sini.

Ahmad Faizal berkata, kerja-kerja pembaikan rumah yang terjejas akan disegerakan selepas audit kerosakan dibuat agensi berkaitan.

Menurutnya, beberapa individu juga telah tampil menawarkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Ahmad Faizal memaklumkan selain di Manjoi, dua lagi daerah masing-masing di Kerian dan Hilir Perak turun dilanda ribut membabitkan beberapa rumah.