Pemandu lori cedera jatuh dari ketinggian 30 meter

Anggota bomba sedang menyelamatkan Kamal Rosri yang tersepit selepas lorinya terjatuh dari ketinggian 30 meter. -Foto ihsan bomba
Anggota bomba sedang menyelamatkan Kamal Rosri yang tersepit selepas lorinya terjatuh dari ketinggian 30 meter. -Foto ihsan bomba
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang pemandu lori cedera selepas lori yang dipandunya terjunam dari ketinggian 30 meter di tapak kuari Bukit Jerus, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11.40 pagi itu mangsa, Kamal Rosri Ibrahim, 51, terpaksa menahan kesakitan beberapa ketika akibat tersepit di dalam lori berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustoffa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.49 pagi.

"Seramai 10 anggota bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat mangsa," katanya.

Menurutnya, sejurus sahaja tiba di lokasi kejadian pada jam 12.14 tengah hari pihaknya mendapati mangsa berada dalam keadaan tersepit.

Katanya, bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit.

Azhar berkata, selepas dikeluarkan mangsa yang berasal dari Kota Bharu dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: