Peka kesal khazanah hutan terus diteroka tanpa kawalan

Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil
Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mengecam pentadbiran kerajaan di beberapa negeri dalam isu penerokaan hutan dan penebangan balak tanpa kawalan.

Memperkatakan mengenai perkara itu, Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, beliau juga pernah ditangkap di Kelantan kerana mengutarakan terlalu banyak kesan negatif daripada kegiatan berkenaan.

“Saya pernah kena tangkap di Kelantan, Jabatan Perhutanan benci dengan Peka kerana kami mengacau mereka, kata mereka. (Sebab) masa sebelum ini tiada NGO yang turun padang pergi tempat pembalakan.

“(Peka) lapor polis, masukkan (maklumat) dalam akhbar. Sebelum ini tiada, Peka NGO pertama buat,” katanya pada sesi pembentangan bertajuk Mampukah Agenda Reformasi Menangani Masalah Alam Sekitar.

Beliau menyampaikan pembentangan itu sempena Konvensyen Reformis 2019 anjuran Otai Reformis 1998 di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shariffa Sabrina berkata, Peka kesal apabila khazanah hutan negara terus diteroka tanpa kawalan hingga menyebabkan berlakunya pencemaran dan kepupusan haiwan dilindungi.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran mengadakan pelbagai kempen termasuk ‘Save The Tiger’ namun pada masa sama tidak menyelamatkan habitatnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan semua pihak perlu bersatu dalam usaha menyelamatkan hutan negara.

Artikel Berkaitan: