Kenyataan bercanggah, Najib tuntut penjelasan PH

Najib --Foto Bernama
Najib --Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menuntut penjelasan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Melalui status Facebook rasminya, beliau dengan nada sinis mempersoalkan kenyataan-kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh menteri dan timbalan menteri berkaitan isu pemberian tender Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

"Timbalan menteri PH nafi bahawa timbalan menteri atau menteri campur tangan dalam tender. Menteri PH pula mengaku dia campur tangan dengan menulis surat kepada PM (Perdana Menteri) ke-7 untuk tender yang sudah pun dikeluarkan itu dibatalkan dan diberi terus kepada Nafas.

"Timbalan ko (kau) dah elok-elok jawab dalam Parlimen tak ada campur tangan. Yang ko (kau) pulak pergi mengaku buat apa? Nanti timbalan ko (kau) dituduh menipu dewan rakyat, korang susah pula," tulisnya.

Menerusi status berkenaan juga, beliau turut menyatakan rasa hairan dengan kenyataan PH berhubung kelulusan tender yang dikatakan diberi kepada orang Cina sedangkan tender tersebut masih belum dianugerahkan.

"Satu lagi menteri PH pula kata isu tender ini adalah sabotaj kakitangan kerajaan. Seorang lagi pemimpin parti Amanah (Parti Amanah Negara) yang juga merupakan salah satu dari lantikan politik ke lembaga Nafas tuduh ini sabotaj Ketua Setiausaha (KSU).

"Tapi yang saya pelik ialah timbalan menteri dan menteri PH kata tender itu belum dianugerah lagi. Lagipun Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) perlu meluluskan tender yang nilainya lebih RM50 juta.

"Adakah pemimpin parti Amanah ini tuduh Guan Eng nak anugerahkan tender itu kepada orang Cina?," soalnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Najib, Meskipun PH mengeluarkan alasan berlainan berhubung perkara itu, masih terdapat persoalan yang belum dijawab.

"Adakah Menteri PH mengubah akta Nafas supaya lembaganya dikuasai oleh lantikan politik menteri dan bukan lagi melalui cara pemilihan oleh ahli-ahlinya.

"Kenapa pemegang-pemegang saham Nafas perlu tanggung kos sewa untuk berpuluh bilik hotel selama sebulan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai," tulisnya.