Kerajaan perpaduan pilihan terbaik, kata Takiyuddin

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan perpaduan antara pembangkang dilihat satu pilihan terbaik terutama ketika keadaan politik negara yang tidak menentu selain kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mempunyai hak kuasa untuk berbuat demikian.

“Kalau Perdana Menteri boleh mengorak langkah ke depan, proaktif melantik Ahli Parlimen yang sesuai walaupun daripada pembangkang, itu satu pembaharuan yang amat baik tapi kita tidak ada apa-apa perbincangan setakat ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau hadir Majlis Perasmian Program Go Green di Medan Ilmu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Hussin.

Menurutnya, Ahli Parlimen pembangkang sentiasa berfikir melangkaui politik apabila masalah negara, keharmonian kaum dan ekonomi gagal ditangani.

Beliau memberitahu, pembangkang tidak memikirkan soal politik semata-mata kerana keutamaan adalah kepada negara.

“Kita juga mengulangi pendirian yang sama iaitu tetap akan menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya ada apa-apa berlaku seperti undi tidak percaya dan sebagainya.

"Kita juga mahu Dr Mahathir teruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal,” katanya.

Artikel Berkaitan: