Bekas menteri Tan Sri Lee Kim Sai meninggal dunia

Tan Sri Lee Kim Sai - Foto FB Wee Ka Siong
Tan Sri Lee Kim Sai - Foto FB Wee Ka Siong
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Menteri Buruh serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Lee Kim Sai telah meninggal dunia pada usia 82 tahun malam tadi.

Mendiang Lee telah berkhidmat sebagai menteri Kabinet sekitar tahun 1980 sehingga 1996.

Perkara itu dimaklumkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook hari ini.

"Mendiang merupakan seorang tokoh yang disegani dan telah menyumbang jasa bakti kepada masyarakat serta negara.

"Takziah buat keluarga mendiang Tan Sri Lee Kim Sai. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar kepada masyarakat dan negara," katanya.

Mendiang juga merupakan bekas timbalan presiden MCA.

Mendiang meninggalkan isteri, Puan Sri Wan Yuet Fong serta empat orang anak.

Sementara itu, menurut anak lelakinya Lee Boon Kuan, bapanya meninggal dunia pada 12.30 malam tadi di kediaman mereka di Jalan Setia Bakti Bukit Damansara di sini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata jasad mendiang bapanya akan disemadikan di Taman Peringatan Xiao En pada Selasa ini.

“Ayah saya meninggal dengan tenang. Beliau kena serangan angin ahmar pada Oktober tahun lepas. Kami akan merinduinya,” katanya.

Jasad mendiang bapanya akan disemadikan di Taman Peringatan Xiao En pada Selasa ini.