Sorok dadah dalam lampu suluh

Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam hari ini.
Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dua tokan dadah warga Myanmar ditahan polis dalam serbuan di sebuah pelantar ikan, Jalan Pantai Bagan Nakhoda Omar di sini Khamis lalu.

Kedua-dua suspek berusia 22 dan 57 tahun itu ditahan sepasukan polis pada jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua suspek bekerja sebagai nelayan itu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sekitar kawasan Sungai Air Tawar.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui 22 peket plastik yang setiap satu mengandungi dadah jenis heroin disorokkan di dalam lampu suluh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini hari ini.

Nor Azmi berkata, dua suspek terbabit juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-kedua lelaki itu positif dadah jenis morfin.

"Suspek ditahan reman bermula 21 November lalu hingga 4 Disember ini untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.