Apartmen didiami terbakar, dua warga emas rentung

Anggota bomba memecahkan pintu pagar rumah mangsa kebakaran di Taman Meru Impiana awal pagi ini.
Anggota bomba memecahkan pintu pagar rumah mangsa kebakaran di Taman Meru Impiana awal pagi ini.
A
A
A

IPOH - Sepasang warga emas ditemukan rentung selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di sebuah apartmen di Taman Meru Impiana, Jelapang di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa adalah lelaki dan wanita yang belum dikenal pasti identitinya ditemui di bahagian ruang tamu dan koridor rumah berkenaan.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.40 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dan Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua unit apartmen yang dijadikan satu kediaman dan mangsa ditemui tertiarap di bahagian ruang tamu dan koridor dalam rumah berkenaan dipercayai cuba menyelamatkan diri

"Kita dapat mengawal kebakaran pada jam 4.15 pagi dan operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Bercham dan Pekan Baharu,” katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan aliran air di lokasi kejadian.
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan aliran air di lokasi kejadian.

Menurutnya, usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa.

Artikel Berkaitan: