Lelaki diangkat wira Muslim pertahankan al-Quran dari dibakar

Ilyas diangkat sebagai wira muslim selepas menghalang pembakaran kitab al-Quran secara terbuka di bandar Kristiansand, Norway, sempena perhimpunan 'Stop Islamization of Norway (SIAN)'.
Ilyas diangkat sebagai wira muslim selepas menghalang pembakaran kitab al-Quran secara terbuka di bandar Kristiansand, Norway, sempena perhimpunan 'Stop Islamization of Norway (SIAN)'.
A
A
A

KRISTIANSAND - Seorang lelaki diangkat sebagai wira muslim selepas menghalang pembakaran kitab al-Quran secara terbuka di bandar Kristiansand, Norway, sempena perhimpunan 'Stop Islamization of Norway (SIAN)' di sini semalam.

Aksi lelaki dikenali Ilyas telah dirakam oleh pengunjung sebelum tular di laman sosial.

Dalam kejadian tersebut, ketua perhimpunan SIAN, Lars Thorsen cuba untuk membakar senaskhah al-Quran walaupun telah dihalang oleh anggota polis tempatan.

Ilyas yang berang tindakan itu berlari ke arah Thorsen yang sedang membakar al-Quran sebelum menendangnya hingga membuatkan suasana bertukar kecoh.

Sejurus insiden itu, Ilyas dan Thorsen telah ditahan polis.

Memetik laporan Geo TV, Kesatuan Pakistan Norway (PUN), turut mengecam tindakan lelaki itu yang cuba membuat provokasi terhadap orang Muslim.

Pengerusinya, Chaudhry Qamar Iqbal mengatakan Thorsen telah menyakiti orang Islam dengan menghina al-Quran.

Beliau berkata, masyarakat Norway sukakan keamanan dan memiliki reputasi terbaik kerana menghormati hak-hak agama lain.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Iqbal mengatakan bahawa rakyat Norway dan umat Islam mengutuk sekerasnya insiden itu dan mengecam tindakan polis menahan lelaki Muslim kerana tindakannya bersebab.

Sementara itu, netizen menggerakkan solidariti buat Ilyas dengan menggunakan hashtag #ilyas_Hero_of_Muslim_Ummah.