X

Kindly register in order to view this article
!

Hakim AS arah Iran bayar RM751 juta kepada bekas tahanan

Rezaian menghabiskan masa selama 554 hari di penjara Iran. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengarahkan kerajaan Iran membayar hampir AS$180 juta (RM751 juta) kepada seorang wartawan Washington Post yang dipenjara oleh Teheran atas tuduhan pengintipan pada 2014.

Jakim Mahkamah Daerah AS memerintahkan ganti rugi itu dibayar kepada Jason Rezaian dan keluarganya untuk kesakitan, penderitaan serta kerugian ekonomi selama penahanannya selama 554 hari.

Pihak berkuasa Iran menafikan waktu tidur Rezaian, rawatan perubatan dan mengugut untuk membunuhnya.

"Iran tahan Rezaian, mengugut untuk membunuhnya dan berbuat demikian dengan tujuan memaksa AS membebaskan tahanan Teheran sebagai syarat pelepas Rezaian.

"Menahan tebusan dan menyeksanya untuk mengambil kesempatan dalam rundingan dengan Washington adalah keterlaluan, layak dihukum dan perlu dicegah," kata hakim, Richard J. Leon. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!