Bolivia dakwa Morales berkaitan keganasan

Murillo mendakwa Morales bagi kesalahan berkaitan hasutan dan keganasan. - Foto AFP
Murillo mendakwa Morales bagi kesalahan berkaitan hasutan dan keganasan. - Foto AFP
A
A
A

SUCRE - Kerajaan sementara Bolivia semalam memfailkan aduan menuduh Evo Morales berkaitan hasutan dan keganasan selepas bekas Presiden itu didakwa menggesa penyokongnya untuk terus mengekalkan sekatan.

Menteri Dalam Negeri, Arturo Murillo merujuk kes itu kepada Pendakwa Raya Persekutuan di La Paz yang menyaksikan jalan raya di bandar tersebut disekat selama beberapa minggu sehingga menyebabkan kekurangan makanan dan bakan bakar.

Selain itu, Murillo turut mendakwa bekas menteri tertinggi Morales, Juan Ramon Quintana untuk jenayah sama.

Jika Morales yang kini melarikan diri ke Mexico selepas meletak jawatan pada 10 November lalu didakwa dan disabitkan bersalah, beliau bakal berdepan penalti maksimum penjara 30 tahun.

"Kami akan menjatuhkan hukuman penalti maksimum untuk kesalahan menghasut dan keganasan," kata Murillo selepas melancarkan tindakan undang-undang terhadap bekas Presiden itu.

Dalam satu pengumuman berasingan, kerajaan sementara berkata ia akan mengadakan perbincangan dengan kumpulan penunjuk perasaan hari ini dalam usaha untuk menenangkan negara dan menamatkan krisis politik terburuk dalam tempoh 16 tahun di Bolivia. - AFP

Artikel Berkaitan: