Dua warga asing cedera bas ekspres terbalik

Keadaan bas ekspres yang terbalik dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Keadaan bas ekspres yang terbalik dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
A
A
A

MUAR - Dua wanita warga asing cedera selepas bas ekspres dinaiki bersama 20 lagi penumpang terbabas sebelum terbalik di Kilometer 161.2 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang dinaiki 22 penumpang termasuk seorang pemandu itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke utara selepas bertolak dari Johor Bahru beberapa jam sebelum itu.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II, Izwani Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.07 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres jenis Nissan yang terbabas dan terbalik ke bahu jalan, namun ketika bomba tiba, kesemua 22 mangsa sudah keluar daripada kenderaan itu.

"Hanya terdapat dua wanita warga Perancis dan Filipina masing-masingnya berusia 33 dan 22 tahun mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa diberikan rawatan awal terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki bas ganti untuk meneruskan perjalanan.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.47 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: