Hong Kong dijangka mengundi esok

Pilihan raya kali ini bakal menjadi referendum untuk protes yang berlangsung sejak Jun lalu. - Foto AFP
Pilihan raya kali ini bakal menjadi referendum untuk protes yang berlangsung sejak Jun lalu. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Penduduk di Hong Kong dijangka mengundi esok dalam beberapa pilihan raya tempatan di tengah-tengah keadaan tegang yang melanda wilayah itu susulan krisis politik terburuk sejak 1997.

Lebih 1,000 calon akan bersaing untuk 452 kerusi di majlis daerah.

Meskipun mereka mewakili tangga paling rendah dalam kerajaan separuh demokratik Hong Kong, namun pemilihan itu dijangka menjadi referendum untuk protes yang menggemparkan bandar tersebut sejak awal Jun lalu.

Pilihan raya kali ini turut menyaksikan beberapa kontroversi di mana aktivis prodemokrasi, Joshua Wong dilarang bertanding atas alasan menyokong kemerdekaan dari China.

Beberapa ahli majlis dan calon prodemokrasi juga diserang penyerang tidak dikenali sejak beberapa minggu lalu, malah penggubal undang-undang pro-Beijing, Junius Ho cedera ringan akibat ditikam awal minggu lalu.

Menurut laporan South China Morning Post, polis anti rusuhan bakal di tempatkan di stesen mengundi esok walaupun Hong Kong dilihat semakin tenang sejak pendudukan besar-besaran penunjuk perasaan di kampus universiti yang bakal berakhir minggu ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: