Empat pelayan pakai apron, seluar dalam dicekup

Empat pelayan dicekup gara-gara berpakaian tidak senonoh.
Empat pelayan dicekup gara-gara berpakaian tidak senonoh.
A
A
A

BANGKOK - Empat pelayan ditangkap gara-gara memakai pakaian menjolok mata ketika melayan pelanggan di sebuah restoran di Bangkok, Thailand.

Satu rakaman video durasi 1 minit tular di laman sosial memaparkan mereka berpakaian separuh bogel hanya memakai apron warna merah, kuning, hitam, hijau dan seluar dalam sahaja sekali gus mengundang kemarahan masyarakat di sini.

Memetik laporan Daily Star, wanita itu berusia lingkungan 24 dan 34 tahun dibayar untuk menarik pelanggan pada waktu malam.

Bagaimanapun, mereka akhirnya ditangkap polis dan dikenakan denda 2,000 baht (RM276) kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Polis Kolonel Alongkorn Sirisongkram berkata: "Kami melihat video dan gambar mereka yang bekerja di sebuah restoran dan bersetuju bahawa ini bukan cara yang sesuai untuk berpakaian di khalayak ramai."

"Ketika kami melawat restoran, gadis-gadis tidak ada tetapi kami mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskan penangkapan. Mereka mengakui kesalahan dan didenda," katanya.

Difahamkan, empat pelayan itu bertugas selama dua jam dari pukul 9 malam hingga 11 malam, menyajikan makanan dan alkohol kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan: