Suami isteri kantoi bawa ketum 170kg dalam kereta

Bungkusan daun ketum yang dirampas.
Bungkusan daun ketum yang dirampas.
A
A
A

LANGKAWI - Sepasang suami isteri ditahan polis selepas didapati membawa bungkusan daun ketum seberat 170kg dalam sebuah kereta di parkir Jabatan Laut Jeti Point MK Kuah di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan melibatkan pasangan berusia 52 dan 49 tahun itu dibuat pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, bungkusan daun ketum yang disembunyikan di dalam beg itu diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian belakang dan di dalam but kereta.

Bungkusan daun ketum disembunyikan di dalam beg diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian belakang dan di dalam but kereta.
Bungkusan daun ketum disembunyikan di dalam beg diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian belakang dan di dalam but kereta.

"Selain daripada daun ketum, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,776," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Iqbal, pasangan berkenaan yang menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau melibatkan ketum dan jenayah.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun.

Artikel Berkaitan: