Pelajar pecah kerusi dikenal pasti

Empat pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam video merosakkan kerusi di sebuah sekolah semalam.
Empat pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam video merosakkan kerusi di sebuah sekolah semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis sudah mengenal pasti empat pelajar yang terlibat dalam insiden memecahkan kerusi di sebuah sekolah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kesemua mereka berusia 14 tahun dan belajar di sebuah sekolah agama.

Menurutnya, polis akan merakam percakapan pelajar terbabit untuk siasatan lanjut selepas pihak pengurusan membuat laporan polis petang tadi.

“Setakat ini polis sudah mengambil keterangan pihak pengurusan sekolah. Kita telah mengenal pasti pelajar terbabit. Sebanyak lapan kerusi di dalam kelas dirosakkan dengan anggaran kerugian RM60 hingga RM70.

"Kejadian berlaku tengah hari semalam dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya kepada media selepas membuat siasatan di sekolah terbabit hari ini.

Mohd Suhaimi
Mohd Suhaimi

Kes disiasat mengikut Seksyen 425 kerana merosakkan harta benda awam.

Suhaimi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video sebaliknya menyalurkan sebarang maklumat kepada polis.

Artikel Berkaitan:

Hari ini, tular satu video memaparkan beberapa pelajar merosakkan harta benda sekolah sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar pecah kerusi sekolah hingga hancur