Salur dana bantu pesakit kronik

Ahmad Amzad (kanan) ketika menziarahi pesakit terlantar ketika Program Ziarah Muslimat Dun Ladang.
Ahmad Amzad (kanan) ketika menziarahi pesakit terlantar ketika Program Ziarah Muslimat Dun Ladang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu sedia mencari saluran dana bagi membantu pesakit yang menghidapi penyakit kronik.

Ahli Parlimennya, Ahmad Amzad Hashim berkata, bantuan yang diberikan adalah bersesuaian dengan keperluan pesakit.

"Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan mencari saluran bantuan daripada kerajaan untuk keperluan pesakit.

"Kita sedia menyahut segala derita rakyat terutamanya golongan pesakit kronik seperti kanser, serangan jantung, sakit buah pinggang, kecederaan akibat kemalangan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi beberapa orang pesakit dalam Program Ziarah Muslimat Dun Ladang.

Ahmad Amzad (kiri) menyampaikan sumbangan sempena Program Ziarah Muslimat Dun Ladang.
Ahmad Amzad (kiri) menyampaikan sumbangan sempena Program Ziarah Muslimat Dun Ladang.

Turut hadir, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejatera (IMITS) Dun Ladang, Pegawai MPKK dan Pegawai Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.

Amzad berkata, antara bantuan terbesar yang diperuntukkan kerajaan negeri ialah melalui Tabung Darul Iman (TDI), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) dan Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) bagi bantuan peringkat pusat.

Artikel Berkaitan:

"Bantuan diberikan adalah wang segera, wang bulanan dan tahunan, bergantung atas kesesuaian dan keperluan pemohon.

"Selain itu, bantuan berbentuk keperluan seperti lampin pakai buang, susu, ubat, alatan ganti ubat dan sebagainya," katanya.