Penganggur ditahan bersama 28.74g heroin

Penganggur ditahan bersama 28.74 gram dadah disyaki heroin.
Penganggur ditahan bersama 28.74 gram dadah disyaki heroin.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Seorang penganggur ditahan bersama 28.74 gram dadah disyaki heroin bernilai RM900 di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Titi Akar, Pendang, Kedah kira-kira 12.10 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 45 tahun itu mendapati, dia turut mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

Antaranya membabitkan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB, Seksyen 12(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Ketika serbuan, kita menemui tujuh paket plastik lutsinar mengandungi serbuk ketulan putih dan dua paket plastik lutsinar berisi serbuk ketulan coklat dalam beg pinggang yang dipakai suspek.

“Sebuah kereta jenis Proton Iswara bernombor pendaftaran PDX7853 turut disita,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

Artikel Berkaitan: