RON97 turun empat sen, RON95, diesel kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak empat sen manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel dilaporkan kekal bagi tempoh 23 sehingga 29 November ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit terbaharu RON97 ialah RM2.66 seliter berbanding RM2.70 seliter sebelum ini.

Menurut kenyataan sama, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

"Harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.36 seliter dan RM2.27 seliter masing-masing.

"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.40 seliter manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.25 seliter," katanya.

Kenyataan sama menyebut, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

"Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 23 hingga 29 November adalah berjumlah RM111.56 juta," katanya.

Artikel Berkaitan: