X

Kindly register in order to view this article
!

Kegembiraan tujuh sahabat berakhir tragedi

Anggota bomba melakukan pencarian di kawasan air terjun Lata Bukit Hijau, Kulim, di sini hari ini. Foto: JBPM Kedah
A
A

ALOR SETAR - Kegembiraan tujuh sahabat mandi-manda di kawasan air terjun pada hari pertama cuti persekolahan berakhir tragedi apabila salah seorang daripadanya ditemukan lemas di kawasan air terjun Lata Bukit Hijau, Kulim, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 11.56 pagi itu, mangsa, Shanjay Nair Vegan, 16, dari Padang Serai dipercayai tergelincir lalu terjatuh di kawasan air terjun sebelum dibawa arus.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Kulim menerima panggilan jam 11.56 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Sehubungan itu, komander operasi menggunakan tali dan jaket keselamatan untuk melakukan pencarian (surface searching) itu.

"Pasukan bomba kemudiannya menemui mangsa pada jam 1.20 petang dalam keadaan tertiarap di permukaan air tidak jauh dari tempat dia dilaporkan terjatuh," katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus