SPM pun tak habis lagi, dah jadi kaki samun!

Rakaman CCTV yang membawa kepada penahanan empat suspek Geng Caltex.
Rakaman CCTV yang membawa kepada penahanan empat suspek Geng Caltex.
A
A
A

BAGAN SERAI - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara empat ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk stesen minyak di daerah Kerian sejak awal bulan ini.

Remaja lelaki berusia 17 tahun yang masih menduduki peperiksaan di sebuah sekolah itu juga dipercayai aktif dan menjadi dalang utama kegiatan itu dengan menubuhkan Geng Caltex.

Ketua Polis Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, keempat-empat suspek termasuk seorang lagi pelajar sekolah berusia 14 tahun ditahan dalam operasi berasingan, Selasa lalu.

Omar menunjukkan antara barangan kes yang ditemui.
Omar menunjukkan antara barangan kes yang ditemui.

Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati, kesemua suspek itu terlibat dalam kegiatan pecah masuk di tiga stesen minyak masing-masing di Kuala Kurau, Sungai Rawa dan Alor Pongsu.

"Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 15 November lalu melibatkan kerugian wang tunai RM1,265, duit siling RM2,200 dan seunit dekoder CCTV (kamera litar tertutup).

"Dua hari selepas itu, kumpulan sama melarikan lima kartun rokok, 10 botol minyak pelincir motosikal jenama Caltex dan tunai RM600 dari sebuah stesen minyak di Alor Pongsu.

"Kumpulan sama sekali lagi menyasarkan stesen minyak sama di Sungai Rawa dan melarikan wang tunai yang tersimpan dalam peti cash berjumlah RM3,500," katanya pada sidang media semalam.

Artikel Berkaitan:

Antara barangan kes yang ditemui disorok di kediaman suspek.
Antara barangan kes yang ditemui disorok di kediaman suspek.

Beliau berkata, hasil siasatan termasuk melalui rakaman CCTV kesemua suspek berjaya dikenalpasti sebelum tangkapan dibuat di kediaman masing-masing.

Katanya, pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui beberapa barangan kes disorok di kediaman mereka.

"Kesemua suspek berusia 14 hingga 21 tahun itu kini direman selama lima hari sehingga 25 November bagi membantu siasatan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.