AS gagal pujuk Turki beli misil Patriot

Moscow menjangka memulakan penghantaran pertama Mac 2020 dan Turki adalah negara anggota NATO pertama memperoleh sistem peluru berpandu canggih S-400.
Moscow menjangka memulakan penghantaran pertama Mac 2020 dan Turki adalah negara anggota NATO pertama memperoleh sistem peluru berpandu canggih S-400.
A
A
A

ANKARA - TURKI. Delegasi Amerika Syarikat (AS) dilaporkan gagal dalam usahanya untuk memujuk Turki berhenti membeli sistem pertahanan peluru berpandu Rusia semasa lawatan ke Ankara, awal minggu lalu.

Agensi berita Anadolu dalam laporannya pada Khamis berkata, AS telah mengemukakan cadangan untuk menjual peluru berpandu Patriot kepada Ankara.

Bagaimanapun, Turki menolak tawaran itu kerana pembelian tersebut tidak melibatkan potongan harga dan pemindahan teknologi.

Pada 18 Disember lalu, Agensi Pertahanan dan Keselamatan mendedahkan bahawa Jabatan Negara AS telah meluluskan kemungkinan penjualan 80 misil Patriot GEM-T, 60 misil MSE dan beberapa kelengkapan ketenteraan lain berjumlah AS$3.5 bilion (RM14.4 bilion) kepada Turki.

Namun sehari selepas itu, jurucakap Presiden Rusia, Dmitry Peskov menegaskan bahawa Moscow dan Ankara akan terus melaksanakan kontrak penghantaran sistem peluru berpandu S-400.

Perjanjian S-400 itu, dilaporkan bernilai kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.15 bilion) mencetuskan kebimbangan di Barat kerana Turki adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan sistem itu tidak boleh disepadukan dalam persekitaran Nato.

S-400 adalah sistem pertahanan peluru berpandu mudah alih generasi terbaharu yang mampu membawa tiga jenis misil berlainan, dan berupaya memusnahkan pelbagai sasaran udara dari jarak dekat mahupun jauh. - Agensi

Artikel Berkaitan: