'Tak ambil tuisyen, hanya fokus dalam kelas'

Ameera ditemani ibu bapanya ketika mengambil keputusan UPSR di SK Bandar Baru Selayang (2) semalam.
Ameera ditemani ibu bapanya ketika mengambil keputusan UPSR di SK Bandar Baru Selayang (2) semalam.
A
A
A

SELAYANG - Hanya fokus dalam kelas. Itu tip dikongsi Ameera Hasyimy, 12, mengenai kecemerlangannya memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Selayang (2) itu turut mengakui tidak mengikuti mana-mana kelas tambahan atau tuisyen daripada tenaga pengajar dari luar.

"Saya fokus apa yang cikgu ajar dalam kelas dan tidak ikut mana-mana tuisyen di luar supaya tak tertekan sangat. Ulang kaji pun hanya di rumah, sama seperti murid-murid lain," katanya ditemani ibu bapanya ketika mengambil keputusan UPSR di SK Bandar Baru Selayang (2).

Ameera berkongsi kegembiraan bersama salah seorang gurunya.
Ameera berkongsi kegembiraan bersama salah seorang gurunya.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangka hanya mendapat 5A dalam UPSR turut melahirkan rasa teruja dan bersyukur dengan keputusan sebenar diperoleh.

Dalam masa sama katanya, dia turut menjadikan kedua ibu bapanya sebagai idola untuk berjaya dalam pelajaran.

"Selepas ini saya akan terus berusaha lebih kuat lagi supaya cita-cita saya untuk menjadi guru tercapai," katanya.

Sementara itu, anak bongsu daripada dua beradik, Aqmal Zafran Zamzuree, 12, yang turut memperoleh 6A dalam UPSR berkata, usaha dan tawakal menjadi pegangannya untuk berjaya dalam pelajaran.

Artikel Berkaitan:

"Saya tak jangka dapat 6A, rezeki, alhamdulillah. Terima kasih kepada tunjuk ajar guru, jasa mereka tak mampu saya balas.

"Bagi saya, tak ada yang mustahil untuk berjaya. Waktu belajar kita belajar, waktu main kita main, kalau ada rezeki tak ke mana, " katanya.

Aqmal berkongsi kegembiraan memperoleh keputusan 6A bersama ibu dan kakaknya.
Aqmal berkongsi kegembiraan memperoleh keputusan 6A bersama ibu dan kakaknya.