X

Kindly register in order to view this article
!

Najis panda 'harum' dihidu pengunjung zoo

Zoo Wuhan di China mengumpul najis panda untuk dipamerkan dan dihidu oleh pengunjung zoo terbabit.
A
A

WUHAN - Setiap pagi seorang pekerja Zoo Wuhan di China ditugaskan mengumpul najis panda untuk dipamerkan dan dihidu oleh pengunjung zoo terbabit.

Menurut pihak zoo, pameran tersebut mendapat sambutan hangat para pengunjung yang kebanyakannya terkejut dengan bau 'harum' najis haiwan berkenaan.

Oleh kerana sebahagian besar diet panda adalah buluh, najisnya mengeluarkan bau buluh dan tidak berbau busuk.

Buluh merupakan makanan rendah nutrien, ini bermakna panda harus memakannya dalam kuantiti banyak setiap hari dan kerap membuang najis.

Dianggarkan seekor panda dewasa makan 20 kilogram daun dan pucuk buluh setiap hari dan membuang kira-kira 10 kilogram najis.

Sementara itu, awal tahun lalu sebuah zoo di Kunming menjadikan najis panda sebagai cenderamata untuk dibeli para pengunjung. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus