Dua lelaki kait duit masjid guna lidi

Gerak-geri suspek mengait duit tabung masjid yang dirakam CCTV.
Gerak-geri suspek mengait duit tabung masjid yang dirakam CCTV.
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan dua lelaki mengait duit derma orang ramai dalam tabung Masjid Ar Rahman Pangkal Kalong, Kok Lanas, di sini, bulan lalu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian jam 3 petang, 25 Disember itu disedari pihak masjid yang kemudian membuat laporan polis pada jam 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihak masjid menyedari kejadian itu selepas membuat pemeriksaan CCTV.

“Pengadu yang menyemak CCTV masjid itu mendapati dua lelaki tidak dikenali berusia lingkungan 20-an datang dengan menunggang sebuah motosikal sebelum masuk ke dalam masjid itu.

“Suspek kemudian masuk ke dalam masjid dan mencuri dengan mengait duit RM50 sehingga RM100 di dalam dua tabung masjid itu dengan menggunakan lidi,” katanya.

Artikel Berkaitan: