Evo Morales desak campur tangan masyarakat antarabangsa

Penyokong pro-Morales terus mendesak pengunduran kerajaan sementara pimpinan Anez.
Penyokong pro-Morales terus mendesak pengunduran kerajaan sementara pimpinan Anez.
A
A
A

MEXICO CITY - Bekas Presiden Bolivia, Evo Morales semalam mendesak campur tangan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan genosid di Bolivia yang telah meragut 32 nyawa penyokong beliau.

“Saya menggesa Suruhanjaya Antara-Amerika untuk Hak Asasi (IACHR) dan PBB mengutuk dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat tidak berdosa di Bolivia yang menuntut keamanan, demokrasi dan menghormati kehidupan mereka,” katanya ketika sidang media di Mexico City.

Keganasan tercetus di Bolivia selepas Morales meletak jawatan 10 hari lalu berikutan berdepan tekanan daripada pesaingnya yang membantah keputusan Pilihan Raya Presiden yang berpihak kepadanya pada 20 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, kerajaan sementara pimpinan bekas Senator, Jeanine Anez mengemukakan rang undang-undang untuk dibahaskan bagi membuka jalan kepada pilihan raya baharu di negara itu.

Jika mendapat sokongan majoriti, rang undang-undang tersebut bakal membatalkan keputusan pemilihan pada bulan lalu dan melantik lembaga pilihan raya baharu dalam tempoh 15 hari. - Agensi

Artikel Berkaitan: