Bangkai gajah diracun ditemui di Aceh

Pegawai dan doktor haiwan dari agensi pemuliharaan Aceh memeriksa bangkai gajah yang ditemui di Aceh hari ini. - Foto AFP
Pegawai dan doktor haiwan dari agensi pemuliharaan Aceh memeriksa bangkai gajah yang ditemui di Aceh hari ini. - Foto AFP
A
A
A

SEMANAH - Bangkai seekor gajah Sumatera yang mati dipercayai akibat diracun ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di wilayah Aceh Timur hari ini.

Pembunuhan kejam spesies terancam itu adalah yang kedua dilaporkan dalam minggu ini dan ia disyaki satu lagi kes membabitkan pemburu haram.

Bangkai gajah betina berusia 25 tahun tersebut ditemui beberapa ratus kilometer daripada bangkai gajah jantan tanpa kepala dan gading yang dijumpai seorang pekerja ladang Isnin lalu.

Doktor di agensi pemuliharaan Aceh, Rosa Rika berkata, isi perut gajah betina berkenaan akan dianalisis untuk mengesahkan punca kematiannya.

"Penemuan awal kami mendapati gajah Sumatera itu dibunuh oleh racun," katanya.

Bulan lalu, Aceh mengumumkan undang-undang baharu yang membawa kepada hukuman sebatan 100 kali kepada pemburu haram yang mengancam spesies haiwan terancam di wilayah itu bermula tahun depan. - AFP

Artikel Berkaitan: