Anwar tidak mahu isu peralihan kuasa diperbesar, kata Tun M

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 merasmikan prapelancaran sidang kemuncak itu di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto Bernama
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 merasmikan prapelancaran sidang kemuncak itu di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu isu peralihan kuasa terus diperbesarkan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson hari ini.

"Beliau (Anwar) mengatakan beliau faham dengan masalah yang sedang dihadapi ketika ini (berhubung desakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) agar peralihan kuasa disegerakan).

"Beliau (juga) tidak mahu wujud terlalu banyak tekanan apabila ramai orang membuat bermacam-macam cadangan seperti tarikh peralihan (kuasa)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Summit 2019 di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Terdahulu, Anwar hari ini memuat naik gambar pertemuan beliau dengan Dr Mahathir di akaun Facebook miliknya.

Menurut Anwar, dalam pertemuan yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana itu, beliau turut menyuarakan beberapa perkara termasuklah tentang peralihan kuasa Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: