Raja Salman rasmi pecah tanah projek Diriyah Gate

Raja Salman (kiri) meletakkan batu asas sebagai tanda untuk memulakan projek Diriyah Gate. - Foto Agensi
Raja Salman (kiri) meletakkan batu asas sebagai tanda untuk memulakan projek Diriyah Gate. - Foto Agensi
A
A
A

RIYADH - Kerja-kerja pembinaan Diriyah Gate akan bermula secara rasmi selepas Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menghadiri majlis pecah tanah dan meletakkan batu asas hari ini.

Pembangunan projek bernilai AS$17 bilion (RM71 bilion) itu akan bermula Januari depan dan ia merupakan salah satu pembinaan paling penting di Saudi.

Ia bakal mewujudkan destinasi pelancongan global yang menggabungkan sebuah bandar moden dengan tarikan sejarah dan budaya bertaraf dunia yang mencerminkan kekayaan warisan di kawasan tersebut.

Pelan Diriyah adalah termasuk projek warisan budaya untuk memulihkan dan mengubahsuai kawasan bersejarah selain membangunkan kemudahan moden bagi menjadikannya destinasi pelancongan utama.

Ketua Pegawai Eksekutif projek Diriyah, Jerry Inzerillo berkata, pembinaan dan pembangunan baharu itu akan memelihara keaslian kawasan berkenaan dan khazanah bersejarahnya.

Antara pelan pembinaan projek Diriyah Gate.
Antara pelan pembinaan projek Diriyah Gate.

"Diriyah akan mempunyai lapan muzium. Kami akan menanam jutaan pokok di Wadi Hanifa. Kami akan mempunyai 15,000 pusat kebudayaan dan tempat sukan baharu serta souq atau pasar yang berwajah baru.

"Terdapat juga laluan pejalan kaki sepanjang 3.5 kilometer menghadap ke lembah Wadi Hanifa dan ribuan kediaman serta pejabat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, sebanyak 55,000 visa dikeluarkan minggu lalu dan jumlah itu dijangka meningkat selepas kerajaan Saudi membuka peluang tersebut kepada pelancong antarabangsa.

"Pelancong akan datang dalam jumlah yang besar. Menjelang 2030 Saudi akan menerima 27 juta pelawat setahun ke Diriyah, tujuh juta antarabangsa dan 20 juta lagi domestik," katanya. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Diriyah Gate destinasi pelancongan budaya, warisan