Serambi Teruntum akan dijenamakan semula

Mohd Sharkar menjawab soalan lisan ketika Sidang DUN Pahang di Wisma Sri Pahang.
Mohd Sharkar menjawab soalan lisan ketika Sidang DUN Pahang di Wisma Sri Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan menjenamakan semula Kompleks Serambi Teruntum bagi memastikan pusat perniagaan itu menjadi tumpuan orang ramai.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, penjenamaan itu akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang kini sedang dalam perancangan.

"Kerajaan Pahang telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah ini dan kita dapati daya tarikan di kawasan itu semakin menurun.

"Kita sudah mencari sebab dan kemungkinan nama kompleks itu tidak sesuai," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.

Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) sebelum itu bertanya soalan tambahan berhubung Kompleks Serambi Teruntum yang semakin sepi dan cara kerajaan negeri mempromosikan kawasan itu.

Selain itu Mohd Sharkar berkata, destinasi pelancongan di Pahang turut dimasukkan sempena Kempen Melawat Malaysia 2020.

Katanya, dua acara utama di Royal Pahang BiIlfish International Challenge di Rompin dan juga Pesta Air Chenor telah pun dimasukkan ke dalam 40 acara utama dalam kalendar pelancongan negara.

"Lebih 40 acara pelancongan lain juga akan dianjurkan secara gandingan atau kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan," katanya.

Artikel Berkaitan: