X

Kindly register in order to view this article
!

Ramlah Ram jaga hubungan baik dengan Peminat

Penampilan terkini Ramlah Ram yang kembali dengan single baru selepas lapan tahun - FOTO: Ramlah Ram Group (RRG)
A
A

MENGEKALKAN populariti sebagai artis senior lebih tiga dekad bukan sesuatu yang mudah dan ia diakui sendiri dengan penyanyi Ramlah Ram yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu berhantunya, Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu.

Menjaga hubungan baik dengan peminat merupakan petua dan rahsia kejayaan penyanyi wanita ini. Selain memastikan dirinya bersih daripada tempias gosip, dia mempunyai cara tersendiri untuk terus kekal di dalam industri seni.

"Ia sesuatu yang membanggakan kerana bukan mudah untuk kekal relevan selepas lebih tiga dekad dan perlu bersaing dengan penyanyi-penyanyi muda yang popular ketika ini. Saya merasa bersyukur kerana mungkin ianya adalah rezeki saya.

"Apa yang penting, seseorang penyanyi itu perlu ikhlas menyayangi dan menghargai peminat. sebagai artis, kita perlu peka dan bergerak seiring dengan perkembangan muzik semasa tanpa meninggalkan apa yang ada pada diri kita.

“Tidak ada salahnya jika kita terus berguru dengan orang lama tetapi dalam masa yang sama menerima idea orang yang lebih muda jika ianya sesuai."

Selepas lebih lapan tahun, pemilik vokal bernada tinggi ini muncul lagi dengan single terbaru berjudul Masar Cinta dan bakal memberikan satu sinar baru dalam kerjaya anak seni kelahiran Muar, Johor ini.

Single berkonsepkan pop ini adalah ciptaan bersama Ramlah Ram sendiri dan Allahyarham Suzaimi Soaib, pengasas Ramlah Ram Group (RRG) yang juga komposer lagu Sesaat Kau Datang dan 5 Minit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus