Enam pelatih lolos berjaya diberkas, satu masih bebas

Abd Jalil Hassan
Abd Jalil Hassan
A
A
A

KUANTAN - Enam daripada tujuh pelatih Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Sungai Ruan, Raub yang lolos pada 16 November lalu berjaya diberkas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, orang ramai diminta memberi kerjasama jika ada maklumat mengenai pelatih yang masih bebas.

"Kita minta maklumat ini disebarkan kepada orang ramai terutama mereka yang mengenali tertuduh (pelatih yang masih bebas) supaya dapat salurkan maklumat kepada polis.

"Kita nasihatkan tertuduh jangan lari. Tujuan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ialah memulihkan mereka.

"Berilah kerjasama kepada polis supaya mereka dapat dipulihkan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Majistret," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Lima hari lalu akhbar melaporkan, tujuh pelatih yang berusia antara 36 hingga 50 tahun itu melarikan diri melalui tingkap tandas asrama sebelum keluar melalui pagar belakang CCRC.

Katanya, berdasarkan siasatan, semua suspek dipercayai masih memakai seragam CCRC berwarna jingga ketika melarikan diri.

Pelatih yang melarikan diri ialah Tan Tian Soon, 44, Johari Mohamad, 50, Mohd Yunus Abu Bakar, 44, P Suris, 39, Ng Swee An, 47, Azreen Kusai, 36 dan Ooi Chuan Tat, 42.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah terserempak dengan pelatih berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Raub di talian 09-3552223 atau 09-3551192.

Artikel Berkaitan: