X

Kindly register in order to view this article
!

PM ada kuasa rombak Kabinet

Liew Vui Keong - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa untuk merombak Kabinet mengikut kehendaknya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong menegaskan, beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana ia kuasa Perdana Menteri.

“Saya baru tahu mengenainya semalam dan saya tidak boleh komen. Ia adalah kuasa Perdana Menteri untuk buat apa sahaja dia mahu.

"Ini terpulang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini adalah kuasa yang diberikan kepada dia, saya tidak boleh komen.

"Jika anda majikan, anda yang boleh buat keputusan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Dr Mahathir menyatakan, beliau akan menimbang desakan agar rombakan Kabinet dibuat selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Menurutnya, beliau akan mendengar pandangan Majlis Presiden PH berhubung desakan berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!