11 nelayan positif dadah ditahan

Antara nelayan dan kru bot yang ditahan dalam operasi bersepadu semalam.
Antara nelayan dan kru bot yang ditahan dalam operasi bersepadu semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 11 nelayan serta kru bot penumpang ditahan dalam operasi bersepadu semalam selepas didapati positif dadah.

Operasi lapan jam yang bermula pada jam 7 pagi itu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, penguat kuasa memeriksa bot nelayan dan bot penunda di perairan di negeri ini secara rawak.

Menurutnya, seramai 96 nelayan menjalani ujian saringan air kencing dan 11 daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morfin.

Antara nelayan dan kru bot yang ditahan dalam operasi bersepadu semalam.
Antara nelayan dan kru bot yang ditahan dalam operasi bersepadu semalam.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki warga tempatan dan masing-masing seorang lelaki warga Thailand dan Indonesia.

"Kesemua yang ditahan berusia di antara 26 hingga 60 tahun. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hamizan berkata, operasi kali ketiga itu dilakukan dengan kerjasama AADK.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini seramai 27 nelayan dan kru bot telah ditahan selepas didapati positif dadah," katanya.

Katanya, orang awam boleh memberi maklumat melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 / 04-2643650.