'Rayer derhaka kepada Karpal Sigh'

Rayer (kiri) ketika Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi. - Foto: Sinar Harian
Rayer (kiri) ketika Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi. - Foto: Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dikatakan menderhaka kepada bekas Ahli Parlimen Jelutong, mendiang Karpal Singh yang sebelum ini menentang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari berkata, mendiang Karpal memaklumkan Tun Mahathir merupakan individu pertama yang akan dipenjarakan jika Pakatan Rakyat (PR) ketika itu berjaya mentadbir negara.

Menurutnya, kenyataan tersebut boleh disaksikan melalui video bertajuk Karpal Singh to Mahathir: Do Not Run Away.

"YB Jelutong (Rayer) berada di belakang beliau (mendiang). Tapi hari ini bukan sahaja Dr Mahathir tidak dipenjarakan tetapi YB Jelutong pula yang menyokong Dr Mahathir.

"Saya kira YB Jelutong telah menderhaka kepada Karpal Singh.

"Itu kalau nak kira kenyataan sebelum ini. Soalnya dalam politik ini boleh berubah," katanya pada Debat Sinar Harian bertajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.

Rayer pada program Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini. -Foto Sinar Harian
Rayer pada program Debat Sinar Harian yang membawa tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini. -Foto Sinar Harian

Beliau menjawab soalan Rayer yang menuduh Pas tidak menurut kata bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berpesan supaya parti itu tidak bekerjasama dengan UMNO.

Artikel Berkaitan:

Fadhli berkata, Nik Aziz juga pernah mengeluarkan kenyataan meminta DAP keluar daripada PR apabila menentang hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Menurutnya, terdahulu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggelar Dr Mahathir sebagai individu paling rasis di negara ini.

"Kalau Pas bekerjasama dengan UMNO (sebelum PRU14), PH tidak berada di Putrajaya.

"Kerjasama Pas dan UMNO berlaku selepas PRU14. Kerana apa? kerana kerjasama ini telah melepaskan Pas daripada sebarang skandal.

"Isu skandal yang ada, siasatlah, sumbatlah siapa pun ke dalam penjara tetapi yang penting pada hari ini kerjasama kita dengan UMNO untuk menjatuhkan PH," katanya.