Gara-gara cemburu

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan ke atas mangsa.
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan ke atas mangsa.
A
A
A

RAWANG - Seorang pekebun buah maut ditikam dalam kejadian di Kampung Baru Kundang di sini malam tadi yang dipercayai bermotifkan cemburu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemukan terbaring di tepi jalan dengan kesan tikaman di bahagian dada dan kejadian dikatakan berlaku pada jam 8.55 malam.

Menurutnya, susulan itu seorang lelaki warga Indonesia yang juga pekebun sayur ditahan bagi membantu siasatan.

"Motif kejadian dipercayai cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan dengan seorang wanita Indonesia yang juga rakan suspek.

"Polis masih memburu beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes sama.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: