X

Kindly register in order to view this article
!

Terserempak Hishammuddin: Ini jawapan Azmin...

Gambar yang mencetuskan pelbagai spekulasi
A
A

SEMENYIH - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sebarang perbincangan politik antaranya dengan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika bercuti di Maghribi baru-baru ini.

Mohamed Azmin berkata, beliau hanya terserempak dengan Hishammuddin ketika sedang bercuti bersama keluarga masing-masing di negara tersebut.

“Saya tidak bercuti dengan Hishammuddin. Saya hanya terserempak saja, malah saya juga bertemu dengan rakyat Malaysia yang sedang melancong di sana, tak jadi isu pun.

“Jangan ingat perjumpaan saya dengan Hishammuddin itu mesti ada perbincangan politik, sebenarnya tiada perbincangan politik,” katanya.

Beliau berkata, hubungannya dengan Hishammuddin sudah lama terjalin.

“Saya merupakan satu-satunya pemimpin pembangkang pada ketika itu yang menghadiri majlis perkahwinan anaknya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Simfoni Rumah SelangorKU @EcoMajestic di Semenyih di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, pemimpin seharusnya berbaik dengan semua orang tanpa mengira latar belakang termasuk politik demi kebaikan negara.

“Kita perlu berbaik dengan semua orang demi kebaikan negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan gambar keluarga Mohamed Azmin dan Hishammuddin yang bercuti di Maghribi baru-baru ini mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Gambar keluarga itu dimuat naik di laman Twitter milik anak sulungnya, Ameer Azmin, di sebuah resort percutian di Marrakesh, Maghribi.

Menerusi foto tersebut, Hishammuddin dan Mohamed Azmin bergambar dengan tangan mereka berjabat.

Sebuah video juga dimuat naik oleh Ameer di media sosialnya yang menunjukkan dua keluarga itu sedang menikmati hidangan makanan seperti udang kara manakala Mohamed Azmin dan Hishammuddin sedang berbual mesra, masing-masing memakai cermin mata hitam


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!