X

Kindly register in order to view this article
!

(VIDEO) Lelaki kantoi curi motosikal

Perkongsian Habibae di laman Twitternya kini tular di media sosial yang kini meraih 176,300 tontonan
A
A

AMPANG - Video yang memaparkan seorang lelaki kantoi dengan pemilik motosikal jenis Yamaha Y15 yang dipercayai berlaku di Hospital Ampang menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Perkongsian video berdurasi 31 saat itu yang dimuat naik oleh Habibae di laman Twitternya menunjukkan pemuda yang ditangkap cuba mencuri motosikal oleh tuan motosikal tersebut

Malah, pencuri tersebut teruk ‘disekolahkan’ oleh orang ramai berikutan melakukan kerja tersebut di kawasan awam dan alasannya hanya ingin mencuri nombor plat motosikal dikutuk orang awam dan juga netizen.

Habibae juga berkongsi video yang memaparkan lelaki tersebut ditahan polis supaya boleh dikenakan hukuman di bawah peruntukan undang-undang dan memberi pengajaran kepada dirinya.

Lelaki berkenaan kantoi apabila dirakam ketika mencuri motosikal.
Lelaki berkenaan kantoi apabila dirakam ketika mencuri motosikal.

Video dan juga gambar pemuda itu tular di media sosial dan meraih 176,300 tontonan dan rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh pencuri untuk cubaan mencuri motosikal tersebut.

Netizen juga memuji dengan tindakan pemilik motosikal dan orang ramai menghubungi pihak polis bagi memberkas individu terbabit kerana dapat menghentikan kegiatan tidak bermoralnya itu.

Antara reaksi netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh pencuri untuk cubaan mencuri motosikal tersebut dan memuji dengan tindakan pemilik motosikal dan orang ramai menghubungi pihak polis bagi memberkas individu terbabit kerana dapat menghentikan kegiatan tidak bermoralnya itu.
Antara reaksi netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh pencuri untuk cubaan mencuri motosikal tersebut dan memuji dengan tindakan pemilik motosikal dan orang ramai menghubungi pihak polis bagi memberkas individu terbabit kerana dapat menghentikan kegiatan tidak bermoralnya itu.

"Sihat tubuh badan tapi sayang nak mencuri, cubalah fikir orang yang membeli. Macamana dia simpan duit, susah payah senang-senang sahaja hang nak rembat. Banyak lagi kerja dekat luar menanti dari mencuri baik cari rezeki yang halal," tulis Fariz Razali di Twitter.

Jeremy pula berkata, "Mencuri sahaja kerja, memalukan. Sihat tubuh badan pergilah cari kerja ke apa. Kan tak pasal-pasal kau dah kena tangkap. Menyusahkan orang sahaja."

Dalam pada itu, ada di antara netizen tidak bersetuju gambar dan video itu dipadam bagi memberi pengajaran kepada orang ramai khususnya yang pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Kenapa kena delete, biarlah orang aware yang jenis nak mencuri harta orang sahaja kerjanya. Orang susah-susah nak cari duit, kau sakan mencuri. Aii aku tak boleh marah marah," kata Azyn.

Fikry memberitahu "Tak payah delete, selesai ke dah selesai ke. Biar bagi pengajaran dekat bakal-bakal pencuri itu. Biar sedar sikit sebelum buat itu fikir. orang kerja penat-penat nak beli motor, akhirnya orang lain senang mencuri. Alasan bodoh tak pernah dibuat orang nak curi nombor plat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus