2,785 individu ditahan libat rampasan RM2.5 juta dalam Ops Deepavali

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 2,785 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi dijalankan di seluruh negara dengan rampasan dianggarkan bernilai RM2.5 juta sempena perayaan Deepavali bermula 21 Oktober hingga 8 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,785 individu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memiliki senjata api, pistol angin, senjata tiruan, senjata berbahaya serta dadah melibatkan pemeriksaan ke atas 42,300 individu dan 27,611 kenderaan sepanjang tempoh operasi berkenaan.

“Kami turut merampas mata wang palsu Ringgit dan Dolar Amerika Syarikat, 62 mesin bitcoin yang dicuri dalam kejadian pecah rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini tadi.

Huzir berkata, pihaknya turut menahan 348 individu yang dikehendaki membantu siasatan dalam beberapa kes jenayah.

“Dalam operasi ini juga, kami menahan 333 lelaki dan 16 wanita yang dikehendaki pihak polis atas pelbagai kes jenayah," katanya.

Huzir turut memaklumkan operasi sebegini akan dilaksanakan secara konsisten sehingga tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia dan Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: