(VIDEO) Tetap laung azan walaupun masjid musnah akibat dibom

Tangkapan layar video memaparkan seorang lelaki tetap melaungkan azan walaupun masjid yang menjadi tempat umat Islam menunaikan solat dibedil oleh pihak musuh di sana.
Tangkapan layar video memaparkan seorang lelaki tetap melaungkan azan walaupun masjid yang menjadi tempat umat Islam menunaikan solat dibedil oleh pihak musuh di sana.
A
A
A

SYRIA - Rakyat Malaysia sememangnya cukup bertuah kerana hidup aman damai dan bebas untuk menganut agama serta kepercayaan masing-masing.

Namun, berbeza di negara Islam khususnya Syria dan Gaza apabila terpaksa berhadapan dengan keganasan dan penindasan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab serta bertindak zalim kepada mereka yang menentang.

Dalam pada itu, perkongsian video oleh Muslim Media yang memaparkan seorang lelaki tetap melaungkan azan walaupun masjid yang menjadi tempat umat Islam menunaikan solat dibedil oleh pihak musuh di sana.

Kalau diperhatikan keadaan masjid tersebut hancur berkecai, namun lelaki terbabit tetap terus melaungkan azan dan video ini mampu memberikan pengajaran kepada kita rakyat Malaysia walaupun telah berlaku Ogos lalu dan baru tular di media sosial.

Sehinggakan kini, hanya air mata dan pertumpahan darah yang dapat kita lihat melanda saudara kita di Gaza dan Syria. Mereka kehilangan keluarga, harta dan segala-galanya dek kerana sifat kejam manusia.

Video yang berdurasi 1 minit itu kini meraih lebih daripada 200,000 tontonan dan rata-rata bersimpati dengan keadaan umat Islam di sana yang telah ditindas dan dizalimi oleh pihak musuh.

"Ya ALLAH, berikanlah mereka kekuatan untuk mereka berperang di jalanMu. Mereka yang sedang berperang melawan musuh di sana merupakan orang yang kuat dan mungkin aku tidak sekuat mereka. Hanya doa yang mampu aku tatapkan buat mereka," tulis Idham Ahmad di Instagram.

Muiz Yaakob pula memberitahu,"Ya ALLAH, kau lindungilah mereka Ya ALLAH agar mereka tidak berputus semangat untuk mendapat keredaan di jalanMu. Semoga mereka mendapat syahid jika mereka mati akibat berperang,".

Artikel Berkaitan: