Dokumen Piya tidak lengkap

Bibi Ramjani
Bibi Ramjani
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendakwa dokumen yang dikemukakan oleh bekas Kapten The Red Warriors (TRW) Mohd Badhri Radzi berkaitan isu tunggakan gajinya itu tidak lengkap.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, dokumen tuntutan yang dikemukakan oleh Mohd Badhri atau Piya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) sebelum ini telah ditolak oleh badan berkenaan.

Menurutnya, Kafa menyerahkan sepenuhnya kepada kedua-dua badan itu untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan tuntutan yang dikemukan oleh Piya.

Katanya, Kafa sudah menjawab segala tuntutan yang telah dikemukakan oleh Piya dan akan pertahankan dakwaan itu berpandukan kepada dokumen-dokumen perjanjian kontrak bersama pemain tersebut.

"Sebelum ini kami juga pernah panggil Piya untuk kembali menyertai TRW. Namun dia kata sudah tawar hati dengan bermain bersama Kelantan," katanya ketika mengulas isu tuntutan gaji yang dibuat oleh Piya.

Bibi Ramjani berkata, Kafa sebelum ini pernah beberapa kali mengajak Piya untuk bersemuka mengenai tuntutan gaji itu namun setiap kali di panggil Piya tidak boleh hadir untuk membincangkan soal berkenaan.

Beberapa hari lalu akhbar melaporkan tindakan Kafa yang terus membisu berhubung isu tunggakan gaji disifatkan sebagai satu bentuk 'penderaan' oleh Piya.

Piya berkata, walaupun berulang kali isu ini dibangkitkan namun Kafa terus mengamalkan sikap lepas tangan dan tidak memanggilnya untuk berbincang bagi mencari penyelesaian masalah itu.

Artikel Berkaitan: