Sarawak sedia peruntukan RM30 juta bantu pelajar bayar hutang PTPTN

ABANG JOHARI
ABANG JOHARI
A
A
A

KUCHING - Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membantu para pelajar Sarawak membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mereka.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pelajar yang dibantu kemudiannya perlu membayar balik kepada Yayasan Sarawak mengikut mekanisme yang akan ditentukan kelak.

"Bantuan itu bukan percuma," katanya dalam ucapan sebelum merasmikan Ulang Tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Abang Leman di Kabong, dekat sini hari ini.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak membuat keputusan untuk membantu para pelajar yang mempunyai hutang dengan PTPTN bagi mengelakkan mereka terkait dengan permasalahan lain seperti larangan ke luar negara.

“Kalau disekat ke luar negara bagaimana boleh mereka ke sana untuk mencari kerja,” katanya.

Peruntukan berkenaan diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: