Pencari kayu gaharu didakwa tiada permit sah

Prom Kon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tidak mempunyai pas sah semasa ditahan di Hutan Simpan Petuang Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 11 November lalu.
Prom Kon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tidak mempunyai pas sah semasa ditahan di Hutan Simpan Petuang Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 11 November lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pencari kayu gaharu warga Kemboja didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana masuk ke negara tanpa permit sah.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana tertuduh, Prom Kon, 40, tidak boleh bertutur dan memahami bahasa Melayu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tidak mempunyai permit sah ketika ditahan di Hutan Simpan Petuang Tasik Kenyir, Hulu Terengganu jam 10 pagi pada 11 November lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah di hadapan Hakim Nooriah Osman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah seterusnya menetapkan 24 November ini sebagai sebutan kes di Mahkamah Khas pendatang asing tanpa izin (PATI) Hulu Terengganu bagi lantikan jurubahasa Kemboja.

Sebelum ini, tertuduh ditangkap sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan anggota polis pasukan gerakan am sempena operasi bersepadu khazanah siri 4/2019 Zon Timur.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan ke atas tertuduh menmui sekeping kad pengenalan bukan miliknya sebelum ditangkap untuk siasatan lanjut.