Selisih faham dua wakil rakyat BN selesai

Selaku ‘abang sulung’, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera bertindak menyelesaikan salah faham yang timbul antara kedua-dua ahli Parlimen tersebut. - Foto Media UMNO
Selaku ‘abang sulung’, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera bertindak menyelesaikan salah faham yang timbul antara kedua-dua ahli Parlimen tersebut. - Foto Media UMNO
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham antara dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tajuddin Rahman (Pasir Salak) dengan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) selesai.

Selaku ‘abang sulung’, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera bertindak menyelesaikan salah faham yang timbul antara kedua-dua ahli Parlimen tersebut.

Tajuddin ketika ditemui media berkata, itu hanyalah salah faham antara rakan dan adik-beradik maka perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan.

Sebelum itu, lobi Parlimen hari ini bertukar kecoh apabila dua Ahli Parlimen BN bertikam lidah secara tiba-tiba.

Insiden jam 12.50 tengah hari itu berlaku di hadapan puluhan pengamal media yang berada di lobi berkenaan.

Bagaimanapun pertelingkahan itu berjaya dileraikan beberapa pegawai keselamatan Parlimen.

Enggan perkara itu berlarutan, Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menenangkan kedua-dua ahli Parlimen itu malah, difahamkan membawa Ismail untuk bertemu dengan Tajuddin di Menara Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh wakil rakyat BN bergaduh di lobi Parlimen

Artikel Berkaitan: