Lupus harta curi, lelaki dipenjara 56 bulan

Muhammad Isafarif didapati bersalah melupuskan harta curi iaitu casis dan enjin motosikal di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Muhammad Isafarif didapati bersalah melupuskan harta curi iaitu casis dan enjin motosikal di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 56 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melupuskan harta curi iaitu casis dan enjin motosikal tahun lalu.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Muhammad Isafarif Ismadi, 22, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan pertama, dia bersama-sama rakannya berusia 17 tahun didakwa melupuskan harta curi iaitu sebuah casis motosikal milik Zaiton Yatim, 52, di dalam tali air Kampung Mengabang Bakong, Batu Rakit, Kuala Nerus jam 4 petang, 2 Ogos 2018.

Selain itu mereka turut didakwa melupuskan harta curi iaitu sebuah enjin motosikal milik Rahimi Ismail, 35, di kawasan semak di kampung sama jam 5 petang pada 2 Ogos 2018.

Bagi setiap kesalahan itu, Muhammad Isafarif dijatuhi hukuman penjara 28 bulan dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan.

Sementara itu mahkamah menetapkan 27 November depan sebagai tarikh jatuh hukum kepada rakan tertuduh yang juga didapati bersalah atas dua pertuduhan sama sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full manakala dua tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Artikel Berkaitan: